Pink Moustache

Monday 10 April 2017

One Year

Setahun dah tinggalkan blog ni.. bukan apa, busy dengan macam-macam tugas... oh yaa!! after SPM, aku sambung belajar kt SMK DATO' UNDANG MUSA AL-HAJ.. Aku pelajar PraUniversiti 2016/2017.. tahun ni dah jadi Upper Six dah!! yeayy!!! lg brpe bulan je nak tamat semua ni and rest for 10 month~ * rest la smpai mereput*

actually, my first sem result tak lah teruk mana. okay2 la jugak.. ibu abah pun tak bising, cuma suruh aku usaha lebih lagi.. bukan apa , sem 2 ni boleh tahan la payahnya dengan assignment melambak lagi.. haish!! kadang2 rasa fade up belajar..rasa nk berhenti.. tp ramai yg terus bg sokongan and galakkan.. yelahh, aku terfikir jugak.. kalau aku stop belajar, mcm mana ngn masa depan aku.. mcm mana dengan impian aku.. mcm mana dengan ibu abah?

memang lah orang kata "xfurther study, x smstinya x berjaya" ye... aku setuju ! tapi lain orang, . lain impian mereka.. aku ada bnyk impian and semuanya tinggi melangit.. kadang2 x logik sbb aku nak bela koala bear, nak beli kapal terbang peribadi utk ibu abah, nak sediakan driver untuk ibu abah, nak travel satu dunia ngn mereka..cuma salah satu impian utama aku, aku nak tngok ibu abah happy ngn kejayaan aku.. sian ibu abah penat dah cari duit utk aku 3 beradik.. takpelah, its okay berangan and simpan impian tinggi melangit, dengan impian tu la kita boleh usaha kan ? yee.. aku ckp je, buatnya half-half je lagi.. sbb aku ni kalah sgt ngn tido *alasan tetiba* tido je kan? benda nampak kecik tp tula.. kat skolah x dela penat fizikal, mental ni penat memikir itu ini... balik rumah, confirm2 la katil yg jadi tumpuan utama kan? hahaha. anyway, best tau belajar kt f6 . . mcm2 aku dapat.. entahlah, kdng2 semangat, kdng2 bapak segala dewa saitonnn pemalas dia.. hahaha. tp xpela, smua pelajar rasa bnde yg sama sbnrnya... kan ?

Dalam makmal bahasa. . sambil menaip, terasa kesejukan aircond , smbil cikgu ajar bab 17 Sejarah. . ekhemmmm, aku pun cuba kuatkan diri menaip, sbb kalau x, confirm tido... yelah, belajar sejarah kan? kena lah tido supaya dpt imbas masa lalu . . hahaha *klau cikgu baca ni, habiss*

Okay2, straight to the point. .
I really miss my sohabat2 seangkatan . . Fazilah, Niesa, Yan, Aizal, Haikal, Hafiz D, Hafiz J, Naim, Habil, Zack, Bobo, Amad, Syawal, Zubir, Ecah, Ekin, Mawa, Faghoh . . Haish, rindu sngt2 ngn dyorang ni. . kawan gaduh, kawan gelak, kawan membahan . . everything la. . cuma aku x tau, dyorng still ingat x kat aku *cliche* -_- . Uolls!! kat mana pun uolls, aku selalu doakan korang tau!!! tak pernah lupa korang!! rawrr!! rawrr!!! so , to conclude, jgn lupa aku *tetiba* .

maybe ada yg  tnya "kau cmne skrng??"
okay, aku makin gemok dan gemok dan teruskan gemok..
nak lagi masa f6, aku dok ngn Tham, Hanim, Nisah, Syeraa, 
Maira & Alep!!
so sambil belajar, tak sah x mengunyah ~

maybe ada jugak yg nk tau pasal sakit aku . .
soalan tu kita skip eh!! orng tertentu je tahu. .
cuma, jangan risaukan aku..
kalau ada pape, nanti ada lah salah sorang sohabat yg inform korang..
cuma doakan aku sihat semula, ceria and kuat selalu..
Sayang Bdk2 Ukhwahfillah Till Jannah  :)

nah, sis payung gambar sis pg holiday tahun lepas!
masa ni baru tambah lemak 30% skrng da 80%. . hahaha~

TERIMA KASIH,DAUN KELADI :)

Wednesday 6 January 2016

Lepasan SPM

Minggu yang memenatkan bagi diri sendiri, hati sendiri dan mata sendiri 

Tapi walaupun penat, dapat cari pengalaman baru sebagai seorang pelajar lepasan SPM



4/1/16-6/1/16

Fasilitator untuk Orentasi Pelajar Tingkatan 1 kat sekolah sendiri. .
kena rancang game sendiri and aktiviti untuk pelajar release nervous and stress bila melengkah ke alam menengah. . have fun with them. .
Even hari sebelumnya. . rasa down gila sebab takde sape nak tolong. . semua tunjuk perangai memasing. . haih dugaan betul . sabar jelah izzah oii!!
At last, Don and Puteri tolong untuk handel budak-2 ni

Rasa puas hati sangat tengok budak-2 ni enjoy je semua game and aktiviti . menari lah . . break clap la . . hope nervous dyorang tu dah release. .

alahai adik-2, macam-2 perangai. . macam-2 gelagat. . petah bercakap. .sampai akak pun tak larat nak melayan korang ni  

akak harap korang dapatlah sesuaikan diri. . akak dah cuba sehabis baik untuk 3 hari dengan korang tu. . tapi kalau masih ada kekurangan. . sorry ye sayang-2 akak !


7/1/16

Aku sendiri amik keputusan untuk jadi guru relief  bagi pelajar form 1 !
okay, aku tulis ni lepas habis kelas yang pertama. .

yeah ! Tingkatan 1 Cemerlang. .

aku nak mengajar. . tapi, dyorng sebok ajak main macam waktu aku handel dyorang orentasi .
sayang akak, dah mula time korang belajar tau dak ! bukan main-2 lagi . .

"kak, eh ckgu, emm akak. . buat tepuk-2 muah"
"kak!! buat break clap!!"
"taknak lah !! kak buat xi shua shua"
"cikgu ! tengok dia ni bising!! denda dia buat ching kecha!!"

Haih!! pening kepala masuk kelas dyorang. . ayat paling best aku dengar. .
"kak!! kitorng tunggu akak kat kantin tau!! akak makan dengan kitorang sekali ye"

Ye dik. . yelah ! ! all of you really make my day !
Sweet memories with all of you. . 


So, today aku kena beranikan diri jumpa pengetua !
 nak minta izin jadi guru relief untuk form 1 ! form 1 je tau !!! 
sebab aku sayang lebih lebih lebih lebih dan tak tau la lebih mananya kat adik-2 batch 03 ni !

May allah ease everything !!
Insyaallah . . .


TERIMA KASIH,DAUN KELADI :)

Monday 5 October 2015

My Target After SPM


Malam-2 macam ni  . .

aku tak tahu nak buat apa . . sebenarnya hati masih sakit dan rasa tak sihat masih ada.  cuma aku diamkan aja  . 

jadinya. . aq terfikir pasal Program Tahfiz Lepasan SPM .

Ni mmg target aku dari dulu lagi . . aku rasa cukuplah untuk aq sementara menunggu keputusan SPM dan panggilan masuk ke matrik/upu . .

aku mengharapkan kalau aku dapat menjejak ke sekolah tahfiz tersebut , aku temui ketenangan dan keredhaan yang selama ini aku cari . .

aku juga harap aku dapat merehatkan diriku dari segala masalah duniawi ini . .

sungguh aku penat dengan dunia ini ya allah . .

dugaan yang KAU beri kadangkala aku sendiri tak tertanggung . .

tapi aku percaya dengan sepenuh hati bahawa 

selepas pahit , adanya manis

selepas sedih , adanya gembira

selepas tangisan , adanya tawa

dan 

allah menduga diri ini kerana dia tahu aku boleh menghadapinya . . dan allah juga takkan menguji hambanya lebih daripada kemampuan diri hambanya itu . .

allahu rabbi . .

aku akan tetap menguatkan diriku selagi aku mampu

walau aku sendirian . . 

Tahfiz , wait for me  :)

insyaallah . .

kalau boleh , aku nak ajak semua sahabat aku . . tapi mungkin mereka ada perancangan sendiri yang lebih baik :)

huarghh ! im too sleepy . .

cukuplah takat ni :)

LAILA SAEDA WA AHLAM LADIDA

TERIMA KASIH,DAUN KELADI :)