Pink Moustache

Thursday, 25 June 2015

Luahan Hati Seorang Niqabis

today nak cerita sikit luahan hati gadis yang berniqab ni 
aku percaya bukan aku sorang je yang pernah alami situasi ni.
niat aku cuma menyuarakan pendapat . bukan nak hentam siapa-2 or jadi keyboard worrior

hanya berkata-2 di tinta blog :(

Sejujurnya aku cukup tak suka. Orang mengaitkan perilaku dgn pemakaian. . Kenapa nak kaitkan pemakaian yang menutup aurat dgn perilaku dia ? . Dah memang tanggungjawab kita kan sebagai orang islam menutup aurat. Wajib. Kalau akhlak dia tak cukup baik, maka tanggungjawab kita lah bantu dia supaya menjadi baik. Bukan lagi menghina. . Kalau nak cakap, "pakai je cemni kopiah and serban bagai tapi isap rokok." "Pakai je tudung labuh and berniqab tapi perangai itu ini" . Eh kau dah kenapa? ðŸ˜‚ . Okey so , nak kata orang yang nak hisap rokok, kena cabut kopiah baru boleh hisap rokok? Gitu? ðŸ˜Œ . Atau nak kata, kena pakai tudung singkat hat dada and cabut semua boleh mcm gitu? . Eh come on, sampai bila pemikiran tu nak sempit mcm tu? . Kau tahu. Kita ni manusia. Banyak dosa. Hah nak kira berapa banyak nya dosa kita. usah sembang lah der. . Sikit pun tak layak nak tentukan syurga neraka hambaNya dia. Kau Tuhan ke? Saja tanya. Kot kot syok sendiri nak tentukan "aku masuk syurga , eh kau tepi sikit g masuk neraka" ðŸ˜‚. Kita ni. Letak kan pandangan Allah yg paling utama. Mana lah tahu. Sekarang dia macam ni, akan datang ? . Allah itu Maha Berkuasa. Kau tak boleh nafi benda ni. Jadi , kalau tak mampu nak ajak orang ke arah kebaikan. Lebih baik berdiam sahaja. . Adakalanya berdiam itu lebih baik drpd berkata kata ðŸ˜Œ . setiap orang layak untuk membuat penghijrahan dalam dirinya . tapi mana ada yang sekali gus boleh ubah 100 peratus ! kena slow and steady . .Erm maaf atas segala salah silap. Bukan nak mengata. Bukan nak hashtag dakwah/tarbiyyah sentap. Tapi ini lah realiti, mentaliti manusia sekarang. Moga kita dijauhkan drpd berprasangka buruk terhadap orang lain. Amiin :)



Aku mendongak ke langit Melihat kebesaran 7 lapisan langit 
Aku menunduk hiba 
Terduduk dalam mata yang haba .
 Dosa ku seluas 7 lapisan langit 
Apa Allah ampun segala hati hangit? 
Aku takut Aku kecut Nyawa aku seolah terlucut . 
Ya Allah.. . Hayat ku sudah dua dekad Bila bulan aku dekat dengan Mu? 
Bila tahun hati ku penuh dengan Mu? 
Semuanya hal duniawi 
Jiwa yang reput tidak berarah 
Yang mati dipanah dunia 
Airmata sembah bumi kerana darulfana 
Bila masa aku menangis untuk Allah ku? .




Ikhlas dari SNIA : 
AKU MASIH MENCARI REDHA ILAHI
MASIH MELAKUKAN PENGHIJRAHAN
AKU BUKAN NAK PEGANG TITTLE SOLEHAH SERTA PUJIAN AJNABI
TAPI, AKU INGIN MENDAPAT REDHA ALLAH SEPANJANG MASA :)

Tulisan ku bukan untuk populariti
 Tulisan ku bukan sekadar monolog diri 
Tapi aku harapkan Tulisan ini memberi kekuatan pada hati 
Agar hati ini sentiasa di ingati bahawa Allah itu mengerti . 
Tiada apa yang aku perlu ragukan.

#MaafkanDiriIni



TERIMA KASIH,DAUN KELADI :)

2 comments:

  1. izzah .. luq mintak maaf kalau dah tersalah cakap, terkutuk , terkasar bahasa ..

    ReplyDelete
  2. Izzah tak mrhkan luq langsng . Seriusly ☆

    ReplyDelete